Makanan kegemaran saya

 

Makanan menurut kamus dewan bahasa ialah zat yang mempunyai sifat memberi nutrien dan tenaga yang diperlukan organisma iaitu semua makhluk hidup memerlukan makanan untuk terus hidup dan memenuhi fungsi asasnya. Makanan juga mempunyai zat yang tersendiri seperti vitamin, karbohidrat . protein dan sebagainya. Seperti yang kita semua sedia maklum, Malaysia terkenal dengan makanan yang menjadi kegilaan dan kesukaan oleh kebanyakkan pelancong yang datang ke Malaysia. Pelbagai jenis makanan yang kita boleh nikmati tidak kira makanan tradisional,makanan laut dan sebagainya. Kesemua makanan ini mempunyai rasa keenakan tersendiri iaitu gabungan antara dua atau tiga rasa yang berlainan dan semestinya menggunakan rempah ratus ataupun resepi tersendiri. Sebagai contohnya kuah kari apabila kita menikmati dan merasai di selatan semenajung seperti di Negeri Sembilan rasanya agak pedas manakala jika kita merasai di utara semenanjung kuah kari yang sama atau lebih dikenali sebagai "gulai" rasanya lebih kepada manis dan tidak terlalu pedas. Ini bermakna setiap rasa makanan akan berubah mengikut tempat dengan kesesuain tekak bagi sesebuah tempat.


Makanan kegemaran saya untuk sarapan pagi ialah roti canai kerana biasanya roti canai dihidangkan dengan kuah dal ataupun kuah kari. Serba sedikit sejarah roti canai yang saya boleh selitkan ialah roti canai ialah sejenis roti nipis yang diperbuat daripada tepung gandum atau nama lainnya ialah roti pratha. Asal usulnya boleh dikatakan diambil dari sebuah bandar di India iaitu Chennai dimana roti canai tersebar secara meluas di Asia semenjak zaman british lagi ketila ramai penduduk dari India datang ke tanah melayu untuk menjadi buruh kepada British. Selain itu, ada yang mengatakan diambil dari sebuah restoran di Sungai Petani yang bernama "Chennai Curry House" iaitu digambarkan hasil dari tingkah laku pencanai meleparkan,menganginkan dan menebarkan doh. Seperti yang ramai tahu bahawa roti canai lebih mementingkan kepada kerangupan dan gebu begitu juga kuah dal atau kari melayu yang menggunakan santan kelapa . Walaupun saya mengatakan bahawa roti canai adalah makanan kegemaran saya untuk sarapan pagi namun ia turut dihidangkan pada waktu tengah hari, petang dan malam. Tidak hairanlah jika saya mengatkan bahawa rata-rata masyarakat di Malaysia menyukai roti canai dan menjadi kegemaran mereka juga. Tempat kegemaran saya untuk makan roti canai adalah di Warung Pak Sarip Kundang dimana tempat ini menjadi kegemaran oleh penduduk sekitar Rawang dan Sungai Buloh . Walaupun warung ini dipenuhi oleh ramai pengunjung , mereka telah mempersiapakan dengan mempunyai lebih daripada 5 orang sebagai penebar tetapi rasa roti canai tetaplah sama. Ini bermakna anda tidsk perlu tunggu lama untuk menikmati roti canai dan semestinya dalam keadaan yang panas.














Makanan kegemaran saya pada waktu tengah hari pula ialah tomyam iaitu merupakan sejenis sup Thai yang kebiasaanya dihidang secara panas yang mempunyai sifat yang masam dan sedikit kepedasan.Sedikit asal usul berkait dengan makanan tomyam ialah bermula sejak kurun ke-19 sebagai masakan keluarga Diraja Thailand seterusnya  dipekenalkan kepada rakyat jelata di bahagian tengah Thailand dan menjadi menu popular di seluruh pelosok Thailand . Berdasarkan perkongsian UNESCO resepi tradisi asal tomyam mula dipekenalkan oleh pakar masakan bernama Maawm Soh, Jeen pada tahun 1890 melalui bukunya bertajuk "Tam Raa Gao Kho" manakala nama Tomyam pula berasal dari dua perkataan Thai iaitu Tom merujuk kepada proses mendidih manakala Yam merujuk kepada salad Thai yang masam. Tomyam pula terbahagi kepada beberapa jenis antaranya tomyam kung dan tomyam pok tek dimana tomyam poktek mempunyai kuah yang berwarna kemerahan .Perbezaan yang paling ketara boleh dilihat pada isi tomyam itu iaitu tomyam kung didalamnya hanyalah mempunyai udang manakala tomyam poktek mempunyai makanan laut seperti udang,sotong dan sebagainya. Tempat kegemaran saya untuk menikmati keenakan tomyam seakan-akan berada di Thailand adalah di Restoran Orkid Thai. Pelbagai menu tomyam disajikan di sini antara nya ialah tomyam seafood, tomyam ayam, tomyam kelapa dan tomyam udang galah. Keistemewaan kedai ini adalah kerana pemilik asal kedai ini adalah berasal dari Pattani, Thailand yang berkahwin dengan orang Malaysia dan kesemua resepi dan rempah ratusnya asli dari Thailand. Maka tidak hairanlah rasa tomyam di sini seakan-akan berada di Thailand. Kedai ini juga turut menjual pest tomyam orginal dari Thailand untuk pelanggan membelinya dan merasai sendiri sendiri di rumah.










Pada waktu malam, makanan kegemaran saya ialah "chicken chop" . Chicken chop bukanlah tergolong dari western food kerana asalnya chicken chop dicipta oleh orang tempatan tanah melayu iaitu di semenanjung,Singapore dimana ia bermula apabila zaman penjajah kolonial iaitu pekerja-pekerja dari Selatan , China . Bangsa Hainan membawa hidangan daging khinzir dari China yang digoreng bersama dengan salutan tepung tetapi di tanah melayu untuk mendapatkan khinzir adalah sukar maka bangsa Hainan menukarnya kepada ayam.Maka hidangan ini diubah oleh bangsa inggeris untuk mendapatkan rasa yang sesuai dengan tekak mereka iaitu meletakkan rempah ratus dari negara mereka seperti lada hitam dan menambahkan salad untuk mendapatkan hidangan yang seimbang. Oleh itu, tidak hairanlah jika kebanyakkan restoran di Malaysia menawarkan chicken chop dan tempat kegemaran saya untuk menikmati keenakan ialah di Ayeem Bikers Cafe,Sungai Buloh . Keistemewaan tempat ini berbanding restoran lain ialah kerana pertama, tempat ini adalah mesra keluarga iaitu mempunyai ruang makan yang luas dan selesa malah turut menyediakan surau untuk pelanggan Islam yang ingin menunaikan solat terutamanya ketika bulan puasa. Selain itu, semestnya kuah sos blackpapernya yang sedap dan pekat, ayam nya digoreng dengan kuning keemasan sebelum dihidangkan dan "coslow" yang digunakan adalah segar dan tidak buat. Maka tidak hairanlah jika kedai ini berjaya memenagi pelbagai anugerah antaranya pilihan jalan-jalan cari makan.








Comments